Selepas hampir tiga tahun mendiamkan diri kerana menghormati proses undang-undang, pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya tampil bersuara mengenai kes saman sivil melibatkan suaminya, Dato’ Ahmad Azraf Azman terhadap jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini.
Memetik beberapa kenyataan di portal media tempatan, kes saman sivil ini difahamkan bermula daripada perjanjian pinjaman bertulis di antara suaminya dan jenama fesyen terbabit, yang diwakili oleh pereka fesyen Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil.
Pihak defendan (Rizman Ruzaini) didakwa telah meminta bantuan kewangan kepada suami pelakon tersebut, namun gagal melunaskan hutang mengikut tempoh yang dipersetujui. Akibatnya, plaintif (Dato’ Ahmad Azraf Azman) terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
“Tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain, kenyataan ini dibuat khusus bagi menyeru pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang diarahkan oleh mahkamah melalui penghakiman yang telah memihak kepada kami (Dato’ Ahmad Azraf Azman).”
Foto – @intannajuwa (IG)Berdasarkan kongsian Intan di akaun Instagram miliknya, mahkamah membuat keputusan penghakiman terus dan memihak kepada plaintif. Manakala defendan pula diarahkan untuk memenuhi tiga ketetapan seperti:
- Melunaskan bayaran wang berjumlah RM1,300,000.00 pada atau sebelum 15 Januari 2026.
- Membayar kadar faedah 5% ke atas jumlah RM1,300,000.00 atau bakinya bermula 16 Januari 2026 sehingga selesai.
- Perlu membayar kos mahkamah RM15,000.00 kepada plaintif, tertakluk kepada fi alokatur.
Menerusi hantarannya, Intan menegaskan bahawa kenyataan tersebut dibuat secara berfakta dan berhemah, mengikut keputusan undang-undang yang sah.
Sehingga ke hari ini, pereka fesyen Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung keputusan kes saman sivil terbabit.

4 weeks ago
38









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
