Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur isu kontroversi yang melibatkan Puteri Balqis dengan pelakon di media sosial.
Daler Yusuf menerusi hantaran di Threads menyifatkan perkongsian tunang dan bapa tiri Puteri Balqis itu terlalu biadap dan kasar terhadap seorang gadis yang masih muda.
“Aku rasa boyfriend Balqis dengan bapa tirinya tu tak perlu kot masuk campur urusan perempuan macam ni. Lepas baca screenshot IG story dorang, nampak betul-betul kurang ajar dan kasar sangat terhadap seorang gadis berumur 20 tahun.
Tak elok langsung cara diorang tu.”-tulis Daler di Threads

“Kau Tak Tahu Berapa Lami Kami Diam…”
Tidak berdiam diri, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish di Instagram ini tampil menitipkan pesanan kepada Daler agar tidak mempergunakan agama untuk kelihatan baik.
Tegas Aqish, aktor tersebut tidak mengetahui berapa lama mereka berdiam diri dan dibuli ketika sedang susah.
“Jangan guna agama kau nak tunjuk baik. Kami tahu dengan siapa kami perlu baik. Kau tak payah nak mengucap sangat kalau humanity kau takde untuk keluarga seperti kami. Betul-betul barua ayat kau.
Dia bapak aku. Suami mak aku yang sah. Dia ada hak pertahankan kami. Aku dan mak aku doa satu hari kau, keluarga kau, keturunan kau ditimpa seteruk-teruk bala kerana mempertahankan orang-orang yang khianat kami, yang buli kami.
Kau tak tahu berapa lama kami diam. Berapa lama kami meraung dalam diam. Kau tak tahu macam mana orang-orang dia kenakan mak aku waktu mak aku miskin.”-balas Puteri Balqis kepada Daler di Instagram

Walaubagaimanapun, Daler dilihat telah memadam kenyataannya Aqish di Instagram.
Apa komen anda?

1 week ago
21









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
