Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip ‘podcast’ yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha sebagai tetamunya.
Dirakam Sebelum Kes Mia & Aqish Meledak
Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil itu mennyatakan bahawa podcast tersebut dirakam selepas Mia Sara memberikan kenyataan yang bersedih apabila sering diberikan watak kanak-kanak sahaja dan turut dirakam sebelum kes dia dan pelakon, Puteri Balqis ‘meletus’.
“Podcast ini dirakam selepas Mia membuat kenyataan sedih diberi watak kanak-kanak sahaja.
Podcast ini jemput Mia untuk follow-up statement itu dan ia dirakam sebelum kes beliau dan Aqish meledak.”-jelas Pak Nil di Threads

Tambahnya lagi, pengacara terkenal ini turut memohon maaf kerana menutup ruangan komen pada hantarannya di Threads.
“Maaf Pak Nil tutup komen.”
Orang Luar Cepat Buat Andaian
Menerusi hantaran podcast milik Pak Nil iaitu Kita Kita Aje Podcast, menyifatkan orang luar terlalu cepat membuat andaian apabila timbul isu kontroversi tanpa mengetahui cerita yang sebenar.
“Terlajak kata, badan binasa. Bila timbul isu kontroversi, orang luar cepat buat andaian, cepat mencemuh tanpa tahu cerita sebenar.
Hakikatnya yang lalui saja tahu apa sebenarnya jadi. Dan kali ini, Mia Sara luahkan semuanya. Cerita yang lama tersimpan.”-tulis Kita Kita Aje Podcast di Instagram
Sekadar info, Mia Sara mengakui kesilapannya berhubung kenyataannya yang ditulis sebelum ini sehingga menimbulkan salah faham terhadap Puteri Balqis. Jelas Mia, dia menyedari penulisannya itu mencetuskan tafsiran yang salah meskipun itu bukan niatnya yang sebenar.
Sama-sama kita doakan agar kemelut yang berlaku di antara Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha akan berakhir dengan baik-baik sahaja. Apa komen anda?

6 days ago
20









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
