Video Terbaru Marissa Dania Hakim Curi Tumpuan- “Dalam Diam Saya Harapkan…”

7 hours ago 5

Nampaknya nama pempengaruh Marissa Dania Hakim sekali lagi menjadi topik bualan ramai. Kali ini pempengaruh tersebut dilihat memuat naik video yang seakan-akan luahan hatinya yang tiada siapa tahu.

Dalam hantaran video ringkas yang penuh dengan emosi itu, Marissa menggambarkan dirinya sebagai wanita kuat dan berdikari. Namun  jauh di sudut hatinya, dia masih menyimpan sedikit harapan dan mengimpikan keajaiban dalam hubungannya.

“Bila saya cakap, “Saya boleh sendiri”. Tetapi dalam diam saya mengharapkan saya, “Aku temankan, ada aku, kita jalan sama-sama, bersama aku, aku ada untukmu, kita bersama-sama,”.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna platform TikTok ‘menggesa’ Marissa untuk berundur daripada rumah tangganya. Malah ada juga yang memberi semangat untuk Marissa mencari kebahagiaannya sendiri.

“Tolong undur diri Marissa. Memang berat dan pahit untuk kita lalui. Tapi ada pelangi yang akan menjelma apabila kita lepaskan orang yang memang sebenarnya hak orang lain. Jangan takut. Allah ada, Allah tak pernah tengok permulaan kita. Dia akan tengok pengakhiran kita.”

Nampaknya kongsian video tersebut dibuat selepas Marissa, sebelum ini mengesahkan bahawa rumah tangganya bersama Ahmad Aslam sudah berada di penghujungnya.

Untuk rekod, Marissa Dania Hakim merupakan isteri kedua Ahmad Aslam selepas bernikah di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

The post Video Terbaru Marissa Dania Hakim Curi Tumpuan- “Dalam Diam Saya Harapkan…” appeared first on Murai MY.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |