“Kami Tak Serumah, Rumah Dia Dekat”- Nia Atasha

5 hours ago 5

Nama pelakon dan model, Nia Atasha menjadi bualan ramai selepas segelintir individu mendakwa dirinya tinggal serumah dengan teman lelaki, Sky Iskandar. Dakwaan itu muncul selepas beberapa video yang dimuat naik di platform TikTok, menunjukkan mereka sering berdua-duaan di dalam rumah.

Walau bagaimanapun, Nia atau lebih dikenali dengan nama media sosialnya, Sleepylllama, menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama.

Memetik kenyataannya, Nia menegaskan bahawa dia tinggal bersendirian bersama dua ekor kucing peliharaannya sahaja.

“Kami tidak serumah. Tapi dalam video itu memang dia berada di rumah saya, kamu buat TikTok sama-sama,itu jelah. Cuma untuk menjernihkan keadaan, kami tak duduk sekali pun. Kalau apa-apa pun, kami cuma tinggal setaman. Rumah dia dekat, itu saja. Tak ada apa-apa yang pelik.”

Pada masa yang sama, model dan pelakon itu turut mengakui bahawa dirinya sudah biasa dengan kecaman dan andaian orang ramai terhadapnya. Jelasnya lagi, dia cuba untuk tidak mengambil hati terhadap kecaman yang diberikan kerana tidak mahu menganggu emosinya.

“Biasalah orang suka ‘batu api’ kan? Tapi saya rasa saya dengan Sky jenis tak kisah sebab benda itu tak betul. Orang nak fikir apa, fikirlah sebab akhirnya kita sendiri tahu kebenarannya.”

@sleepylllama

Its Premier Day baby!! LFG 💘🥳 #KKHC @Sky Iskandar #highcouncil #PHC #kaharkaplahighcouncil

♬ Blame Brett – The Beaches

“Saya tak rimas sebab dah biasa. Sejak zaman bergelar model lagi saya sudah lali dengan komen orang. Jadi bila ada komen begitu, saya tak layan sangat.’

Untuk makluman, Nia Atasha dan Sky Iskandar tampil secara terbuka mengakui hubungan cinta mereka pada Januari 2025.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |